PEMASALAHAN MAHASISWA ZAMAN KINI
Saya merupakan seorang daripada mahasiswa Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjan Muda Seni Halus (Kepujian) dan sekarang saya berada di semester ke- 4. Tajuk yang cuba saya keluarkan dalam karangan saya ini adalah berkaitan dengan pemasalahan diri dalam mencari identiti sebagai seorang seniman yang bergelar artis untuk menempatkan diri dalam kelompok masyarakat artis itu sendiri. Oleh yang demikian, saya cuba mengambil satu isu yang mana selalu di perkatakan dan menjadi tanda tanya pelajar yang akan menamatkan pelajaran dalam bidang ini, iaitu berkaitan studio. Studio membawa maksud bilik tempat bekerja bagi seorang pelukis, pengarca dansebagainya. Olehitu, sebagai seorang mahasiswa yang mengikuti Kursus Seni Halus haruslah mempunyai sebuah tempat untuk bekerja dengan selesa.
Walaubagaimanapun, bagi seorang mahasiswa, persoalan pertama yang timbul dari keperluan sebaga i mahasiswa yang mengikuti kursus ini adalah bilakah keperluan ini perlu diturutkan? Setelah melihat persekitaran yang berlaku sebelum ini yang mana contohnya mahasiswa kursus ini memenuhi keperluan setelah tamat pengajian. Masalah yang timbul apabila mahasiswa memilih jalan untuk memenuhi keperluan setelah tamat pengajian amat membebankan mereka, ini disebabkan oleh faktor keperluan yang lain, contohnya kos sara hidup mahasiswa tidak dapat diseimbangkan, perkakas-perkakas asas untuk memulakan kerja bagi seorang pengarca tidak dapat disempurnakan, kos bahan mentah yang tinggi dan pembayaran sewa pemulaan yang mahal membebankan mahasiswa. Faktor-faktor ini berpunca daripada projek semester akhir yang memerlukan pembelanjaan yang tinggi. Bagi pendapat saya, mahasiswa perlu merancang dengan lebih awal untuk memiliki studio dalam pada waktu di dalam pengajian dengan maksud lain sebelum tamat pengajian.
Faktor kedua adalah lokasi, dimanakah lokasi yang bersesuaian untuk dijadikan studio? Bagi pendapat saya berkaitan pemasalahan ini,lokasi untuk dijadikan permulaan dalam memulakan hidup sebagai seorang artis tidaklah menjadi beban. Saya mengambil contoh yang paling dekat adalah diri saya sendiri, yang mana saya akan memilih lokasi yang berdekatan dengan tempat pengajian dan mempunyai komuniti seni disitu bagi memudahkan saya berkomunikasi dan berinteraksi disamping berkongsi idea serta bertukar pendapat.
Justeru itu, pemasalahan pertama dan kedua boleh diselesaikan tetapi adakah bagi sesorang artis itu membawa namanya sendiri ataupun secara berkumpulan bagi mahasiswa? Contoh terbaik telah ditunjukkan oleh mahasiswa sebelum ini, yang telah membuka sebuah studio secara berkumpulan yang dikenali sebagai Matahati menjadi contoh yang terbaik. Di samping itu, pendekatan yang perlu diambil sebagai seorang graduasi adalah apa yang dapat kita sumbangkan kepada masyarakat bukannya ke pada diri sendiri semata-mata.
Oleh itu, pemasalahan dalam pemulaan selepas tamat pengajian perlu diterapkan lebih awal dan dirungkai oleh para pendidik disamping menceritakan kesan kebaikan dan keburukan sebelum mahasiswa tamat pengajian. Ini bagi mengelakkan mahasiswa lepaskan kursus ini tidak terperangkap dalam pencarian identiti sebagai seorang artis dan terkeliru dengan prospek pemilihan kerjaya.
No comments:
Post a Comment