Bertitik tolak dari semangat dan impian penerokaan kreativiti ini telah membawa seniman muda seperti Faizal Suhif menjelajah ke Ubud di Daerah Kabupaten Gianyar, Pulau Bali, Indonesia. Terletak di antara sawah, hutan dan jurang-jurang gunung yang indah dan damai, kehidupan masyarakat Ubud tidak dapat dipisahkan dari tradisi kesenian, kebudayaan dan amalan-amalan ritualnya.
Pesona Pulau Bali ini bakal diserap oleh Faizal dalam percubaannya mengembangkan proses kreativitinya. Seperti mana Paul Gauguin yang terkenal dengan pengaruh budaya primitif dalam karyanya dan kisah jelajahnya di pulau Tahiti. Begitu juga dengan pelukis hebat Eropah yang lain seperti Delacroix dengan beberapa pelukis perancis era romantism yang menjelajah Morocco, Algeria dan Timur tengah pada 1830an dan 1840an untuk mencari inspirasi di Negara asing .
Sebagaimana kisah penerokaan pelukis-pelukis barat tersebut, Sejarah seni lukis di Bali juga tidak asing daripada peranan beberapa seniman dari barat. Malahan Pulau ini pernah merakamkan riwayat pelukis yang berkelana ke pulau ini seperti Antonio Blanco ,Rudolf Bonnet, Arie Smith dan Walter Spies. Mereka adalah antara pelukis yang tertawan dengan kepelbagaian keindahan Bali. Mereka secara tidak langsung telah merakamkan pesona Pulau Bali dan memperkenalkan teknik dan kaedah barat dalam seni lukisan untuk artis-artis tempatan di Bali.
Seperti Antonio Blanco , Rudolf Bonnet (sekadar menyebut beberapa nama) dan yang lain. Faizal juga telah merakamkan perspektif dan pemikiran beliau terhadap pulau ini. Dalam tempoh residensi beliau di sini, telah terhasil beberapa siri karya yang sedikit sebanyak tidak lari dari menampakkan pengaruh “ke-bali-an” yang menggambarkan elemen rupa, bentuk, isu, nilai budaya masyarakat setempat dan kemanusiaan sejagat.
Rakaman Bali
Disebalik kemasyuran nama ’Pulau Bali’ itu, ianya juga tidak terlepas dari pergelutan dalam memastikan keseimbangannya .
Mahatma Gandhi pernah berkata : “ Earth provides enough to satisfy every man's need, but not every man's greed ?”. Kata –kata Gandhi ini ada kebenarannya kerana Sejarah setempat telah merakamkan bahawa bumi dan kanak-kanak sentiasa menjadi mangsa era pemodenan dan perindustrian ini.
Seseorang manusia itu boleh memilih untuk tidak terlibat, melupakan atau menidakkannya sesuatu peristiwa. Tetapi belum pasti pada seorang seniman seperti Faizal. Sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku akan tetap tersimpan dalam ingatannya dan sentiasa meminta pertimbangan dan kepastian terhadap tanggapannya.
(Karya A -To be conform)/ 2012/ Charcoal, acrylic on canvas/ 122 x 244cm
Mencari Fitrah Asal
Faizal adalah segelintir dari golongan pengkarya muda yang berkarya dalam kerangka daerah mencari keseimbangan, penyesuaian dan penyelesaian dalam menjajalani asal kefitrahan seorang manusia. terdapat “pergelutan” dalaman yang wujud pada dirinya yang memberi kita sedikit “trigger’ dalam memahami patern-patern pemikiran seorang seniman muda sepertinya
(Karya B -To be conform)/ 2012/ Charcoal, acrylic on canvas/ 122 x 244cm
Olahan melalui proses garapan pengalaman, emosi dan kudrat yang dicurahkan pada helaian kertas dan kanvas, mentafsirkan persoalan –persoalan peribadinya tentang kehidupan untuk dikongsi bersama khalayak. Kerana itu setiap karya seni, ditatapi masyarakat massa dan setiap satunya menyimpan cita-cita, hasrat, harapan dan mimpi besar si seniman. Ini seperti yang ditunjukkan dalam karya beliau bertajuk (karya B) 2012.
Berkesan atau tidak, terkesan atau tidak, ? terjual ataupun tidak ? itu bukan ukurannya. Pokoknya banyak elemen-elemen positif yang telah diserap dari pengalaman anak muda ini, Biarlah masa dan sejarah yang bakal merakamkannya, kerana persoalan itu seakan tidak pernah mahu terjawab dengan mudah.mudah –mudahan bermanafaat buat kerjaannya sekarang dan masa –masa mendatang.
SELAMAT MAJU JAYA ..........FAIZAL.
Kelana Jaya. Malaysia. Jun 2012
Mohd Fadli Mokhtar.
Dr. Dwi Marianto : Faizal adalah seorang pengkarya yang peduli akan kesinambungan (sustainability of ecosystem) ekosistem. Ini baik sekali, sebab karya dan gagasannya (maklumatnya) sangat contextual. Tulisan ini akan baik sekali apabila sang penulis mengexpose / menyoroti / high lightening bagaimana Faizal mengubah pemahaman kritis dia tentang lingkungan alam serta budaya dia, menjadi suatu maklumat yang innovatif untuk dinyatakan melalui karya senang
ReplyDelete