Tuesday, 2 September 2014

ESSAY 2 : Intan Rafiza

Membaca Breaking Words



Hari ini saya membaca semula karya seni pertunjukkan oleh Arahmaini yang telah berlangsung 8 tahun yang lalu. Pada waktu itu saya menjadi penonton dan pemerhati seni dan pada hari ini saya membaca karya seni ini sekali lagi dalam bahasa penulisan yang ingin dikongsi bersama. Karya  bertajuk – Breaking Words yang berlangsung tidak lebih dari 30 minit ini adalah salah satu sarya seni pertunjukkan dalam acara Simposium Seni pertunjukkan Antarabangsa Satu Kali ( Satu Kali international Performance art symposium) pada 6 -9 April 2006 di Kuala Lumpur. Dalam seni pertunjukkan ini, pengkarya seni Arahmaini berdiri diantara dinding konkrit dan penonton. Malah disitu ada sebuah meja yang dialas dengan kain putih, tersusun hampir 20 keping pinggan seramik putih dan sebatang pena.

Araimaini mulai berdialog dengan penonton tentang seni pertunjukkan beliau dengan mengajak para menonton menghampiri pinggan yang tersusun dan menulis satu perkataan yang mana sekiranya satu patah perkataan itu membawa makna kepada diri masing-masing dan ianya adalah dianggap kekal.Dialog yang berlangsung hampir 10minit ini dilihat sebagai satu proses interaksi seni diantara pengkarya dan penonton dalam memahami pertunjukkan yang sedang dijalankan. Dan dalam masa dan ruang yang sama, sebagai penonton yang agak hampir di hadapan, saya tidak melepaskan peluang untuk berada dalam waktu pertunjukkan ini berlangsung dengan meletakkan satu perkataan yang sedang bermain dalam fikiran saya dan sejujurnya masih belum pasti adalah perlu atau tidak dalam berkongsi perkataan itu dengan penonton yang ada di situ. Tetapi, sebagaimana saya merasakan dan saya percaya keberadaan diruang sebenar dalam penghasilan karya seni adalah penting dalam berkarya sekiranya seorang seniman benar-benar menginginkan dialog seni dalam mengajak penonton menikmati karya yang ingin disampaikan.

Ketika masing-masing menanti aksi seterusnya dari seniman, saya masih memikirkan tentang bagaimana dan apakah kesan dan impak aksi seni pertunjukkan yang bagi hemat saya adalah satu proses kesenian yang memberi impak kepada penonton tanpa ada paksaan didalam satu ruang kotak putih yang memaksa penonton untuk memasuki ruang. Disini penonton ada pilihan untuk melihat atau beredar sekiranya karya seni itu menganggu sensetiviti individu.

Mungkin pada waktu itu saya berada di ruang hadapan, saya tidak melepaskan peluang untuk menulis sesuatu yang mana pada waktu itu ada satu perkataan yang bermain difikiran saya tetapi saya masih belum pasti adalah ialah  sememangnya pada fikiran saya ianya adalah satu kejadian yang paling kekal.
Malah keberadaan seniman dalam berkarya juga adalah antara titik penting yang menjadi paksi kejayaan atau kegagalan satu karya itu dinilai dalam masa yang sama.

Kembali kedalam ruang aksi seni pertunjukkan Arahmaini, diwaktu 10 minit terakhir, seniman beraksi membaling kesemua pinggan-pinggan seramik kearah dinding yang mana ianya memberi impak bunyi dan secara visualnya pinggan telah pecah. Malah ada juga pinggan seramik yang tidak pecah yang mana saya anggapkan sebagai nasib baik kesan dari momentum yang berbeza bila dibaling seniman. Dan setelah kesemuanya selesai, pinggan dari tulisan saya yang tertulis ‘MATI’ adalah satu-satunya yang masih elok dan tidak celaka. Ah, sekiranya MATI adalah kata yang kekal, adakah kesenian yang kita junjung akan berada di titik kematian? Dan adakah saya bersedia untuk menerima kata mati sebagai satu keberadaan seni yang hadir dalam ruang seni kini. Apabila pengkarya hanya menjadi tukang tiru dan tukang tampal tanpa ada jiwa dan hubungan keberadaan dalam ruang?

'Ianya mungkin dalam tindakan yang paling mudah untuk membuat karya seni yang responsif kepada penonton adalah untuk membayangkan pengaruh yang berlangsung dalam dua arah,yang mana ianya bertindak antara satu sama lain dalam keadaan semasa’ muka surat 190-191, Sally O'Reilly, the body in contemporary art.

‘perhaps the simplest way to make an artwork responsive to its audience to imply that influence operates in both directions, is to programme it to respond to human presence’-page 190-191,Sally O’Reilly, The body in contemporary art.

No comments:

Post a Comment