Akbar
Baik Mati Adat Dari Mati Anak / 2008/ Cetakan kayu atas kertas/ 30 x 33cm
Menanam itu melawan adalah antara idea disebalik karya cetakan kayu Akbar “Baik Mati Adat dari Mati Anak”. Akbar atau lebih dikenali Bebe, adalah seorang seniman Indonesia, yang dulunya aktif bergerak bersama Taring padi, sebuah kolektif seni yang tidak asing dengan idea-idea karya yang mengunakan seni sebagai senjata untuk membangun kesadaran publik tentang isu-isu hak asasi, politik Indonesia dengan mempamerkan karya seni langsung ke ruang awam.
Tetapi berbeda dengan proses kerja Taring Padi yang biasanya dikerjakan secara bersama, karya ini adalah karya seniman yang di hasilkan pada 2008 setelah beberapa tahun tinggal di Kuala Lumpur, Malaysia. Karya yang berukuran 30cm x 33cm yang dihasilkan diatas kertas, baginya adalah sebuah ekspresi peribadi yang mempersoalkan tentang gaya hidup masyarakat urban yang mana keperihatinannya tentang isu kemampanan masa depan. Karya ini tidak dipamerkan di galeri tetapi dipamerkan di social media pada “wall” dan mencapai ke audiance melalui “newsfeed” social circle nya, yang menurut saya menarik untuk dibincangkan untuk memahami konteks karya yang harus dilihat dalam konteks sekarang.
Jika kita melihat karya, imej figura yang ditengah menjadikan titik fokus pada karya. Peletakan text di atas membentuk komposisi symmetries membawa kita ke ruang kiri dan kanan yang mana, pada sebelah latar belakang kiri, kita boleh melihat imej kilang, keluarga dan simbol golden arch dan berbeza dengan yang kanan adalah imej gunung, sawah padi dan petani.
Seniman masih mengunakan pengunaan imej-imej kontras pada latar tengah di bahagian kiri dan kanan, iaitu terdapat iaitu perumahan pangsa/flat pada bahagian kiri dan disebelah kanan pula, imej rumah kampong. Pada latar hadapan kiri, kita melihat seorang gadis yang sedang makan hamburger dan latar depan kanan adalah imej keluarga yang sedang makan bersama.
Karya ini mengunakan satu tonal dan pelbagai jenis goresan yang bagi membentuk rupa dan bentuk terperinci pada karya. Jika kita lihat imej-imej di sebelah kiri lebih terang jika dibandingkan yang kanan.
Apakah hubungan kata-kata “Baik Mati Adat dari Mati Anak” dengan isu kemampanan ? Kenapa seniman memilih makanan sebagai subjek yang ingin diketengahkan? Kita tidak dapat dinafikan walaupun perbedaan pandangan, politik, kepercayaan, atau agama dan sebagainya, ada satu hal yang menghubungkan kita semua iaitu, makanan. Makanan adalah keperluan asas. Makanan adalah dasar bersama kita. “Adat” dalam konteks karya ini adalah norma atau kebiasaan kita. Apa yang boleh dikupas adalah tentang bagaimana pembangunan dan kemajuan serba instan ini merosak alam. Seniman mengolah goresan dan sisi kanan adalah lebih gelap. Ini boleh diinterpretasikan seolah budaya kebersamaan semakin ditinggalkan.
Kembali kepada imej figura tengah yang mendonimasi karya ini, seniman telah deconstruct ikon yang mana walaupun tanpa mengunakan warna merah dan kuning atau tanpa simbol golden arch pada bajunya secara automatic pikiran kita mengidentifikasikan sebagai Ronald Mc Donald. Ini kerana pemikiran kebanyakan dari kita telah disuapkan pada kita sebagai makanan harian kita terutama yang tinggal di urban. Ia semacam makanan akal dengan atau tanpa kita sedari.
Karya ini juga memperlihatkan unsur-unsur protest seniman terhadap budaya konsumerism, dengan menggunakan tanda pangkah pada baju, dan makanan instan. Ia bukan saja menunjukan seniman menolak makanan instan tetapi boleh dihubungkaitkan dengan argumentasi anti-corporation atau anti-kapitalis. Dalam konteks kehidupan seniman yang juga aktif membangun kesedaran tentang mengenal makanan, perkebunan organic dan permaculture menurut saya karya ini bukan hanya berfungsi sebagai ekspresi peribadi tetapi mengkritis tentang norma-norma kebiasaan hidup kita.
Anak dalam hal ini adalah metafora kepada masa depan. Buat saya, karya ini memberi perspektif yang menarik kerana ia tidak hanya memaparkan sisi gelapnya apa yang di amati oleh seniman tentang apa yang berlaku di persekitarannya tetapi menawarkan perbandingan antara baik dan buruknya. Ia membuka persoalan-persoalan kepada pengamat tentang gaya hidup kita dan cara kita melihat konteks hidup kita. Karya seni tidak memberikan solusi pada permasalahan tetapi buat saya imej petani yang sedang menanam adalah satu simbol aksi yang kuat dimana kita boleh menginterpritasikan sebagai simbol kepada sesuatu yang mampan adalah lebih dari mengkonsumsi dan membeli.
Kita boleh juga melihat seolah seniman cuba menyampaikan idea yang mana untuk menjaga kemampanan masa depan adalah kembali ke akar kebersamaan. Kemampanan masa hadapan hanya akan terjadi jika itu di lakukan bersama, persoalannya apakah kita mampu melihat itu, dan apakah kita mau bergerak bersama pada saat budaya individualistik semakin kuat mengakar pada diri kita.
No comments:
Post a Comment