Tuesday, 2 September 2014

ESSAY 2 : Hamidi hadi

KELAM
Sulaiman Esa
Waiting for Godot I/ 1977/ Gurisan (Etching)/ 55 x 39cm (Koleksi BSLN)

     Kelam, boleh sahaja kita kata ianya sesuatu fenomena ruang. Sesuatu yang samar, kegelapan, membayangkan suatu keadaan yang kurang  jelas kelihatan pada visual mata kasar, bagaimanapun  secara realiti  ia dipercayai wujud dalam ruang. Mungkin sahaja karya ini suatu penyataan  ada dalam ruang peribadi seniman atau penghayatan seniman terhadap fenomenologi ruang masyarakat. Konotasi  perlambangan ini  merujuk kepada karya Sulaiman Esa, bertajuk  “Waiting for Godot I”. Karya cetakan gurisan, bersaiz 
55 X 39cm , dihasilkan menggunakan  media  kertas yang bertarikh 1977.

       Menghayati karya ini yang kelihatan sederhana tetapi sarat dengan beban dalaman pengkarya yang akhirnya dimuntahkan melalui satira yang penuh sinis dan pedas. Karya yang dipapari warna gelap yang dominan  yang tiada garisan horizontal dan vertical yang boleh dijadikan paksi jasad atau figura agar duduk tetap. Justeru ia menghasilkan kesan atmosfier yang mencair, tidak tetap dan terapung dalam ruang yang tidak pasti. Ditambah secara fizikal melalui karya ini,  dua elemen yang jelas iaitu elemen cahaya dan bayang serta garisan sisi figura yang terputus-putus antara latar dan jasad .Karya dihiasi dengan corak ( boleh jadi corak Arabes) yang dipercayai dari seorang kaligrafi islam iaitu Naji Zain Al-Din. Corak “Wa La Ghaliba illah Allah” yang membawa maksud “ There is no winner but Allah”. Yang dijadikan latar dibahagian belakang figura seakan seorang wanita yang tanpa pakaian dibahagian hadapan. Boleh sahaja kita membayangkan satu posisi drama atau teater setting dalam karya ini.

        Karya ini dihasilkan dengan mempamirkan kesan dramatic yang dihasirkan dari perbezaan cahaya dan baying menghasilkan kesan ketegangan walaupun ianya disusun secara simetrikal.

        Dilihat dari aspek ruang waktu karya ini dihasilkan , iaitu pada tahun 1977. Dan ketika ini berlaku satu fenomena seniman melayu di Malaysia menghasilkan drama yang bergaya absurd disekitar 1970an dan 80an. Gaya karya ini dipengaruhi oleh karya Samuel Beckett. ‘Waiting for Godot” yang menjadi cerminan kepada satu fenomena masyarakat eropah ketika itu hilang kepercayaan dan curiga terhadap makna pegangan agama yang telah lama. Tafsiran ini ,. Ini tidak dapat terlepas dari pemikiran Sulaiman Esa . walaupun ianya hinggap sekejab dalam pemikiran seniman , ianya meninggalkan kesan yang mendalam pada seniman dan penghayat. Karya ini dirasakan bercampur baur antara unsur pasti dan tidak pasti, keliru dalam jangka masa yang panjang menjadikan emosi semakin tegang, terdesak,  marah dan sesak nafas seolah-olah terdesak mencari ruang yang lega, lapang yang penuh cahaya.

No comments:

Post a Comment